U CANTIK

    24/12/2013
      
   Stem cell  didalam produk kecantikan, adakah berbaloi duit anda
   Banyak sangat pengeluar/ pengilang/penjual yang menjual produk kecantikan dan mengatakan ianya mengandungi stem cell. Mereka mengatakan stem cell bagus betul untuk badan dan kerana itu harga jualan pun mahal?

     Stem cell memang baik secara teori dan banyak percubaan secara saintifik yang telah dijalankan. Setengah keputusan memberangsangkan dan yang lain tidak dan sampai sekarang tiada data yang betul-betul sahih yang menunjukkan kesan positif stem cell didalam kosmetik. Tiada data kukuh dan FDA telah mengeluarakan kenyatan kepada Loreal untuk menarik dakwaan mereka terhadap 'claim' yang telag dibuat untuk produk mereka yang menggunakan stem cell dan kononnya boleh awet muda. Disini saya sertakan laporan dalam bahasa inggeris untuk tatapan anda:
   
   
    Stem cell cosmetics is an exploding area ranging from facial creams to face lifts to boob jobs to baldness treatments (see two key posts here and here for background and great stories). The stem cell cosmetics field has not been held back by issues such as the fact that there is no science behind their expensive creams and treatments or that they do not have FDA approval...........
      Knoepfler Lab Stem Cell Blog

Building stem cell bridges


      19/12/2013
   
   Stem cell.......
 
     Ini adalah sel asal/ ibu yang belum tukar menjadi sel spesifik. Boleh didapati pada tumbuhan dan haiwan. hanya tumbuhan dan haiwan yang ada banyak sel mempunyai keupayaan untuk mempunyai stem cell. Kerana sel ini boleh bertukar menjadi sel lain, maka ianya digunakan untuk menganti fungsi sel atau tisu yang telah rosak atau tak berkerja dengan optimum. Jadi ahli sains gunakan ilmu ini dalam merawat  penyakit, untuk tujuan awet muda, sistem badan berkerja lancar kembali.

     Sekarang ini banyak iklan mendakwa penggunaan stem cell dalam produk. Pastikan stem cell itu wujud kerana kita belum boleh mengekstrak stem cell dalam keadaan aktif dari berbagai punca. Ia juga perlu didalam kepekatan yang berpatutan untuk mengenakan kesan. kalau kepekatan terlalu rendah, pengguna tiada dapat kebaikan dan merugikan duit sahaja kerana stem cell mahal.

     Bersambung minggu depan dengan penggunaan salah stem cell didalam produk kecantikan & kesihatan.......


     18/12/2013
    Adakah stem cell berguna untuk kita
      Ya memang stem cell ini bagus untuk kita. Tetapi apakah dia stem cell? Apakah kebaikan stem cell?
    dari mana kita boleh dapat stem cell? berapa lama stem cell aktif? Stem cell dari tumbuhan atau haiwan bagus?

     Ikuti penerangan pada 19/12/2013...........untuk semua perkara ini.


     2/12/2013
    
   Permintaan anda untuk cerahkan celah-celah gelap 
   termakbul
   Ramai meminta saya untuk menghasilkan satu formula untuk buang atau 
    cerahkan celah-celah gelap. Setelah 3 bulan, kami telah dapat mencipta
    satu formula yang amat bagus untuk menghilangkan celah-celah gelap.
    Sekali pakai sebagai skrub, pasti kurang kegelapan dan nampak cerah. 
    
    Formula ini mengunakan mineral asli, buah-buahan, akar, dan 
    bunga yangkaya dengan anti oksida, flavanoids, dan unsur-unsur 
    pemutihan yang amat mujarab dan berkesan. Sekarang sudah 
    ada di pasaran pada harga  RM 49.90. 
    Boleh beli online di www.drnabisar.com


     12/11/2013
 
     Cerahkan celah-celah gelap - ketiak, lipatan peha & 
    lipatan perut
    Ramai wanita yang menelefon kami dan menanya macam mana untuk mencerah ketiak, lipatan peha dan perut. Ada wanita yang tak kisah tetapi ramai juga kisah. Kerana perkara ini mengganggu ramai orang, jadi kami pun menjalankan penyelidikan. Didapati ramai yang mendapat celah gelap kerana banyak sel mati terkumpul. Ada yang mendapat ketiak hitam kerana menggunakan pewangi ketiak yang tidak sesuai.
     Terdapat juga yang mendapat celah gelap kerana pengunaan ubat tertentu. Didalam setengah-setengah situasi ini disebabkan oleh pemakaian seluar dalam dan bra yang lembap yang mengakibatkan kulit gatal dan apabila digaru, tinggalkan kesan gelap.
   
     Ada beberap cara untuk mencerahkan kawasan ini. cara yang paling mudah ialah dengan membuang sel-sel mati. Gunakan skrub yang sesuai untuk ini. jangan gunakan skrub yang ada hidrokuinon atau tretinoin.
     Boleh gunakan juga skrub kami yang ada pemutih natural yang dapat mencerah, melicin dan mengebukan kawasan tersebut.  Layari www.drnabisar.com atau tel 03 61518566

   


     4/11/2013
 
   Macam mana uji samada krim pemutih sesuai untuk muka atau tidak
   Cara yang paling mudah untuk mengenal samada produk atau krim pemutih sesuai dengan kulit dan tidak menjahanamkan muka ialah dengan ujian belakang telinga. Ramai pengguna kosmetik dan produk kecantikan menanya soalan ini saban hari kenapa kulit menjadi merah, kulit rasa terbakar, kulit gatal-gatal, tak boleh kena sinaran matahari dan kalau kena pedih dan bermacam-macam lagi. Oleh itu saya cadang kan buat ujian di belakang telinga yang boleh dibuat sendiri oleh semua orang. Senang sahaja.
     Bersihkan kulit dibahagian belakan telinga. Coleh sedikit produk atau krim dengan jari penunjuk dan sapukan dibahagian belakang telinga yang telah dibersihkan. Biarkan dan tengok respon selama 2 hari, Gunakan siang dan malam. Perhatikan untuk ruam kerana ada krim yang tak bagi rasa yang tak elok yang teruk tetapi ruam atau warna merah kelihatan. Ini kerana tindakan alergi kulit. Kalau ok sahaja pakai produk atau krim tersebut, jadi boleh guna krim itu dan kebanyakan masa ianya tak bahaya dan sesuai dengan kulit. tetapi perlu berjaga-jaga dengan bahan toksik yang hanya menunjukan kesannya selepas berberapa minggu atau bulan seperti tretinoin, merkuri dan hidrokuinon. kalau perlu penjelasan lebih, boleh hantar email ke nabisar@drnabisar.com

      4/11/2013
    Kementerian Kesihatan Malaysia dan produk yang merbahaya
 
    Ramai yang tanya kami, macam mana nak mengenal produk yang mengandungi racun yang dijual secara meluas di Malaysia. Oleh itu kami ingin menolong semua pengguna lain untuk mengetahui samada produk mereka selamat atau tidak. Anda boleh tengok senarai produk yang di beri amaran oleh kementerian kesihatan kita di http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116. Harap semua dari kita dapat mendidik diri kita untuk menggunakan produk yang selamat sahaja supaya kesihatan tak terancam


     29/10/13
      
     Cara buang kutil dekat mata atau pada muka dan leher
Ramai yang hantar email tanya macam mana untuk mengatasi masalah ini? Kebanyakan masa, masalah ini disebabkan oleh cara pemakanan kita yang terlalu makan protein dari haiwan dan makanan laut. Cara paling baik untuk mengatasinya ialah dengan melebihkan makanan sayur-sayuran dan kurangkan makanan daging merah. 
Cara untuk menghapuskan kutil ini ialah dengan berjumpa seorang doktor kosmetik yang bertauliah yang dapat mengeluarkan kutil dan pada masa yang sama tidak menjahanamkan kulit muka atau mencomotkan muka. Doc akan sapu krim dibahagian kutil dan akan suruh anda duduk selama 20min. Kemudian dia akan kenakan secara lembut impulse pada bahagian bawah kutil. Kutil akan jatuh dan doc akan sapu krim. Itu sahaja. jangan pergi pada orang yang tak bertauliah kerana benda yang senang dan mudah akan menjadi teruk kerana mereka tidak dilatih macam mana buang kutil dengan mudah dan selamat. Ada juga yang mencungkil dan ini akan hasilkan parut yang hodoh.

23/10/2013


      Dapatkan kulit cerah semudah 1,2,3 dengan bahan dari dapur
   Beli 100ml susu masam (yoghurt). kalau tak tahan bau susu, beli yang dah ada bau buah-buahan. Di supermarket ada berbagai brand. Jadi beli ikut kesukaan masing-masing.

    Tuang isi kandungan yougurt kedalam pinggan dan campurkan serbuk beras. Kalu tak ada serbuk beras, ambil segengam kecil beras dan kisar gunakan blender.  Cuci muka dahulu dengan mengunakan pencuci muka. Lumurkan muka dengan yoghurt yang telah dicampur dengan tepung beras dan biarkan 20 minit. Cuci dan lihat sendiri kesannya. Kulit pasti lebih cerah, lembut dan licin.

22/10/2013

Macam mana kita boleh cerahkan/putih kan kulit & gebu
Cara yang paling mudah untuk kulit menjadi cerah ialah untuk membuang sel-sel mati dari permukaan kulit dan kemudian menggunakan bahan yang boleh mencerahkan kulit. Selepas mencerahkan kulit gunakan pelindung matahari SPF 30 untuk 'maintain' kulit yang cerah ini.

Cara yang paling bagus untuk membuang sel-sel mati ialah dengan menggunakan skrub yang dapat menanggal lapisan sel-sel mati. Gunakan skrub yang lembut yang tidak melukakan kulit dan skrub yang cukup kasar dimana ianya dapat menanggalkan sel-sel mati. kalau boleh gunakan skrub yang ada oryza atau buahan berry dimana ianya dapat mengeluarkan sel-sel mati dan pada masa yang sama dapat mencerahkan kulit. Apabila membuang lapisan sel-sel mati, kulit selain menjadi cerah akan menjadi halus dan gebu.

Untuk mencerahkan kulit guna bahan pemutih seperti VIT C (engineered),  buahan berries, licorice, minyak biji buah anggur, gluthathion atau kalau susah nak dapat bahan ini, beli krim pemutih yang ada menggunakan bahan-bahan ini atau sebahagian darinya. Berjaga-jaga bila membeli produk pemutih muka kerana banyak yang mengandungi hidrokuinon, raksa/merkuri, tretinoin atau bahan toksik lain.bahan-bahan ini juga akan mengelupaskan lapisan atas kulit dan kulit yang putih pucat akan kelihatan tetapi cara ini amat berbahaya kerana bahan-bahan ini boleh menyebabkan ganguan pernafasan, kulit jadi radang dan boleh juga mengakibatkan barah. Jadi berjaga-jaga dengan bahan-bahan ini.  


21/10/13
Kenapa kulit selalu  kembali kusam ....
Saya mendengar banyak sangat rintihan dari pengguna produk penjagaan kulit/kosmetik yang mengatakan kulit mereka senang menjadi kusam jika tak mengunakan produk yang mereka pakai untuk beberapa hari.
Ini adalah isu yang selalu memeningkan kepala kepada pengguna kosmetik yang nak kulit muka yang putih & gebu. Senang sahaja, kalau kulit jadi kusam kalau tak menggunakan produk tersebut maka produk yang anda gunakan sekarang mengandungi bahan pengelupasan yang toksik. Bahan pengelupasan ini akan hakis lapisan kulit dan memaksa lapisan kulit dibawah lapisan kulit pertama untuk keluar ke permukaan. Jadi sebab lapisan ini dipaksa dan tak ada daya tahan pancaran matahari, lapisan baru ini mudah interaksi dengan sinaran UV matahari dan menjadi gelap. Jadi pengelupasan yang berlebihan akan menyebabkan masalah kusam yang teruk. Pada mulanya, pengguna puas kerana nampak cerah atau pucat. tetapi dalam beberapa bulan sahaja, kalau tak pakai produk begini, kulit akan menjadi kusam dan gelap dan teruk daripada kulit asal. jadi pengguna tertipu dan menjadi mangsa pengeluar kosmetik yang berbahaya.

Jadi bertukar kepada produk yang sihat yang menggunakan herba, teknnologi tinggi , buah-buahan, hasilan laut, ramuan bioteknologi untuk mencerahkan kulit. Kulit menjadi cerah secara tepat dan bukan cepat gila dimana kulit jadi mangsa hakisan produk berbahaya.

Gambar berikut menunjukan kes dimana muka pengguna kosmetik normal tetapi di anak kulit yang lebih cerah. Beliau mengunakan produk kosmetik yang mengandungi hidrokuinon dan muka yang normal menjadi berminyak dan ditumbuhi jerawat dan banyak parut jerawat.  Inilah sebab tersalah pilih produk, kulit normal bertukar jadi teruk. gambar sebelah kanan menunjukan kulit muka selepas rawatan dengan produk Dr Nabisar Natural. kami hanya merawat dengan Pencuci mka pemutih, Penyegar pemutih, Krim rawatan jerawat, Krim pelembap pemutih dan pelindung matahari dan kulit kembali sihat dan cerah secara betul. 
Hubungi 03 61518566, 012 3031867, office@drnabisar.com, www.drnabisar.com)




16/10/2013

Apa yang perlu ada untuk kulit jadi cerah

Kita di malaysia ini suka kulit yang cerah. maklumlah kulit cerah dikaitkan dengan lebih cantik. Apakah yang perlu anda buat untuk mendapat kulit yang cerah:

 1. Pastikan buang sel-sel mati dengan mengunakan skrub yang kasar sedikit ttetapi tak terlalu kasar sehingga mencederakan kulit muka. Dan bukan halas sangat sehingga tak terasa geseran pada kulit.

2. Pakai krim pelembap yang ada unsur pemutihan. Berjaga-jaga pilih unsur pemutihan yang selamat dan tidak beracun seperti hidrakuinon atau tretinoin atau merkuri (raksa). Unsur pemutih ini akan mencerahkan kulit dan boleh gunakan jenis herba atau sintetik. Jenis herba boleh gunakan Vitamin C, Licorice, berries, gluthathion dan banyak lagi.


    3. Gunakan pelindung matahari dengan SPF yang betul yang tidak menutup liang pori tetapi membalikan cahaya dan tidak menyebabkan kulit kita jadi gelap. Lebih baik kalau dapat gunakan pelindung matahari yang dibuat dari herba keran ianya selamat, tak toskin, sihat kepada kulit dan mencantikan kulit.

     Dengan mengikut langkah-langkah yang mudah ini, kulit anda akan bertambah cerah, cantik & berseri.


9/10/2013 

  Kenapa kulit menjadi kusam & cara mengatasinya dalam 5 min

      Kulit kita menjadi kusam dengan mudah. Bila kulit kusam, kulit nampak tak cerah, tak bermaya, gelap dan kalau pakai krim yang mahal pun, khasiat krim tidak meresap masuk. Ini kerana lapisan tebal sel-sel mati menghalang atau menyusahkan sel-sel kulit membaharui dirinya. 

      Kulit menjadi kusam disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
      1. Penjagaan kulit yang tidak sesuai
      2. Menggunakan produk yang salah, 
      3. Mengguna produk yang mengandungi bahan kimia yang mengelupas kulit muka
      4. Tidak mencuci mka apabila nak tidur
      5. Tidak memakai krim pelembap bila nak tidur dan kulit jadi berminyak sebab itu
      6. Tidak menggunakan penyegar untuk mengimbangi pH kulit muka
      7.  Krim yang tebal yang berminyak yang menutup liang pori
      8. SPF yang tinggi yanng melebihi SPF 30 yang menyebabkan lapisan kulit susah nak bernafas dan menutup liang pori. Pelindung matahari yang melebihi SFP 30 hanya boleh dipakai di kawasan pantai atau gurun.
     9. Penjagaan kulit yang tidak betul slepas rawatan laser untuk mengurangkan jeragat

   Cara Mengatasinya:
    1. Pastikan se-sel mati dibuang setiap hari. Gunakan skrub harian yang lembut kepada kulit. Ianya akan membuang sel-sel mati dengan mudah dan membaharui sel-sel baru
    2. Pastikan basuh muka sebelah pagi dan malam sebelum tidur
    3. Pastikan pakai krim pelembap sentiasa. 
    4. Mesti gunakan masker seminggu sekali untuk mengimbangi pHkulit muka, membuang sel-sel mati dan mengaktifkan sel-sel kulit. Pilih masker yang lembut kepada kulit dan boleh aktifkan kulit muka
    5. Gunakan produk penjagaan kulit yang betul-betul herba yang sesuai untuk kulit muka. Bukan semua herba boleh menolong menyihatkan kulit muka.


    1/10/2013

   Kenapa kulit muka menjadi kering 

   Ramai sangat orang mengadu kenapa kulit mereka menjadi kering walaupun mereka memakai krim muka.
    Ada beberapa sebab mengapa kulit muka menjadi kering. Bila kulit kering, muka nampak tak cantik dan
    berumur. Kalau dibiarkan begitu sahaja, memang kedut akan timbul dengan cepat.

    Sebab-sebab kulit menjadi kering
     1. Penggunaan produk yang salah untuk mencuci muka dan melembapkan kulit. 
     2. Menggunakan produk yang mengandungi ramuan yang mengeringkan kulit muka
     3. Air-conditioner di tempat kerja
     4. Kurang minum air
     5. Tidak menggunakan krim pelembap ke muka sebelum tidur
6  
    Disini saya sarankan cara untuk mengatasinya:
    1. Gunakan krim pelembap setiap kali selepas membasuh muka
    2. Minum sekurang-kurangnya 1.5L air
    3. Memilih produk yang sesuai dengan kulit dan juga produk yang tidak mengandungi ramuan yang mengeringkan kulit seperti hidrokuinon

  23/9/2013

Cerahkan kulit muka secara cepat, selamat dan natural                
          
      Berkesan sekali tips ini. Memang nampak kulit menjadi cerah 2 warna kulit. Yang bestnya boleh dimakan      masker ini kalau lapar!!!! kerana menggunakan ramuan dari dapur anda sendiri. Ambil lah gambar sebelum dan selepas ya dan hantar kepada nabisar@drnabisar.com. 3 hadiah pertama menanti anda. Hadiah akan diumumkan isnin minggu hadapan. Sila hantar alamat rumah sekali untuk memudahkan penghantaran hadiah anda.
    
   1. Kisar beras satu sudu besar gunakan blender kecil (yang digunakan untuk buat serbuk)
   2. Masukkan susu masam (yoghurt) yang boleh didapati di 'supermarket'. Tak kisah jenama apa
   3. Kacau dan perah kan air limau sebiji kedalamnya dan kacau sekali lagi
   4. Masukan air rose kalau nak wangi
   5. Cuci muka dan sapukan masker
   6. Biarkan 20min
   7. Cuci dan sapukan krim pelembap
   8. Pasti anda boleh lihat muka anda sudah cerah dan cantik


            17/9/10
          bersambung......
       MUKA NAK PUTIH TETAPI CARA SELAMAT . TAK MAHU KEPADA HIDROKUINON, TRETINOIN, MERKURI
      Minggu lepas kita tertanya-tanya kenapa orang menggunakan produk yang dihasilkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana:

      1. Pengguna tak sabar. nak nampak cerah dengan serta merta
      2. Harga produk yang terlalu murah
      3. Iklan yang banyak yang menyatakan kesan yang cepat
      4. Pengguna sendiri tidak arif/tahu tentang macam mana produk pencerahan berkerja
      5. Pengguna hidrokuinon sebelum ini apabila hentikan gunakan produk mengandungi bahan ini kembali menggunakan produk toksin tak tahan tekanan kulit menjadi gelap. mereka tidak tahu ada oriduk lain di pasaran yang dapat mencerahkan kulit lebih baik dari hidrokuinon dan ianya selamat.



           13/9/10
         MUKA NAK PUTIH TETAPI CARA SELAMAT . TAK MAHU KEPADA HIDROKUINON, TRETINOIN, MERKURI

      Di pasaran Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis produk pemutihan kulit. Tetapi kita sedar tak macam mana produk ini dihasilkan atau ramuan yang diletakkan didalam produk ini!!!!!! contoh di rumah kita apabila kita masak nasi lemak, kita letakkan santan untuk nasi lebih berlemak dan sedap. Kita tak letakkan susu getah kerana rasanya tak tahu macam mana dan lagi satu kita tahu susu getah ini tak boleh dimakan, sebab beracun. Begitu juga dengan produk penjagaan kulit. Pengilang boleh letak ramuan yang toksik untuk memutihkan kulit dan pengilang tak akan beritahu dia letak ramuan toksik atas kotak kerana dia nak jual produk dia. Jadi pengguna lah yang terima akibat buruk setengah pengilang yang tidak bertanggungjawab. ramuan yang diletakkan akan hampir semuanya mengandungi bahan toksik seperti hidrokuinin, tretinoin dan merkuri. Ramuan ini dalam produk kecantikan anda sangat merbahaya untuk kesihatan anda dan boleh menyebabkan kanser. Tetapi kenapa ramai orang mengunakannya!!!!  bersambung ........


12 /8/2013
     CARA MENGHILANGKAN DAGU BERLAPIS

Senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja, apa yang anda perlu buat adalah sapukan krim di bahagian bawah dagu anda dan dengan menggunakan belakang tangan anda atau ibu jari anda., urut keseluruhan dagu anda ke atas secara lembut dan lakukan secara berulang.

Anda juga boleh melakukan senaman gerakan leher seperti gerakan stretching sebelum bersukan.


  





1/8/2013
U CANTIK
     
U cantik

Untuk setiap lelaki & perempuan baik muda, dewasa atau tua, semua nak kelihatan cantik dan bergaya. Bila penampilan bagus, kita akan rasa lebih berani, seronok dan bermaya. Barulah kita rasa seronok hidup. Kalau tidak kita akan rasa rendah diri atau bosan.


Untuk mendapat penampilan yang baik tak perlu kerja keras. Hanya mengambil beberapa minit sahaja setiap hari dan tak perlu belanja besar. Penampilan termasuk jaga pakaian, kulit muka, gigi, kasut, tangan dan kulit badan. Ada orang jaga pakaian tetapi bila buka mulut ianya berbau. Ini juga tak boleh. Ada pula jaga kulit muka secara habis-habisan tetapi kulit badan nampak berpenyakit. Ini juga tak boleh.


Hari ini kita akan mulakan dengan penjagaan kulit muka. Untuk menjaga muka, senang sahaja dan tak perlu balanja besar.  Asas untuk penjagaan kulit  ialah pencuci muka, pelembap dan pelindung matahari. Pencuci muka ini boleh terdiri dari sabun atau pencuci jenis cecair. Pilih pencuci berdasarkan ph 5.5 ke 6.5. Ini adalah ph semulajadi kulit kita . kalau terlalu rendah atau tinggi inaya akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit jadi kering dan kemusdain berminyak. Ini akan menyebabkan banyak liang pori tersumbat dan akhirnya tumbuh jerawat yang banyak. Nak terangkan ph dengan mudah, ianya adalah ukuran ketajaman cecair yang kita guna. Macam air limau ketajamannya tinggi. ……………………..bersambung

Kembali semula.......
Sekarang kita tahu apa dia pH kulit kan? jadi kalau ketajaman sabun/pencuci muka tinggi, ianya akan merosakkan kulit dan kalau keterlaluan akan memusnahkan kulit. Begitu juga kalau pH sabun/pencuci muka terlalu rendah.
Ph yang tidak betul ini akan mengeringkan kulit, merosak lapisan atas kulit, kulit akan lebih bermasalah, kulit rasa tegang dan kalau selalu guna mudah kelihatan tua dan cepat timbul kedut-kedut. Jadi berjaga-jaga apabila membeli sabun/pencuci muka. Pastikan Phnya betul supaya kita dapat kebaikan dari barang yang kita beli.
Selepas pastikan Ph betul, pastikan juga kandungan didalam pencuci muka ini selamat dan berkesan. Untuk memastikan ianya selamat pencuci muka mesti bebas bahan beracun untuk kulit seperti hidrokuinon, raksa dll. Sekarang soalan timbul, macam mana nak tahu samada produk itu ada hidrokuinon. Sekarang ini hanay melalui ujian makmal kita akan tahu. Insyallah kita tengah cuba hasilkan ujian yang boleh digunakan dirumah untuk mengetahui samada produk kecantikan itu ada hidrokuinon atau tidak.
Sebelum mencuba apa jua jenis produk baru, buat ujian dibelakang telinga. Ujian ini akan membantu anda untuk mengetahui samada produk itu sesuai atau tidak dengan anda. Senang sahaja, coletkan sedikit pencuci muka dibelakang telinga dan biarkan 3 minit dan basuh. Jika tiada rasa gatal, bengkak, lebam, kering atau mengelupas, maka produk itu sesuai dengan anda. ..................bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan