U CANTIK

    24/12/2013
      
   Stem cell  didalam produk kecantikan, adakah berbaloi duit anda
   Banyak sangat pengeluar/ pengilang/penjual yang menjual produk kecantikan dan mengatakan ianya mengandungi stem cell. Mereka mengatakan stem cell bagus betul untuk badan dan kerana itu harga jualan pun mahal?

     Stem cell memang baik secara teori dan banyak percubaan secara saintifik yang telah dijalankan. Setengah keputusan memberangsangkan dan yang lain tidak dan sampai sekarang tiada data yang betul-betul sahih yang menunjukkan kesan positif stem cell didalam kosmetik. Tiada data kukuh dan FDA telah mengeluarakan kenyatan kepada Loreal untuk menarik dakwaan mereka terhadap 'claim' yang telag dibuat untuk produk mereka yang menggunakan stem cell dan kononnya boleh awet muda. Disini saya sertakan laporan dalam bahasa inggeris untuk tatapan anda:
   
   
    Stem cell cosmetics is an exploding area ranging from facial creams to face lifts to boob jobs to baldness treatments (see two key posts here and here for background and great stories). The stem cell cosmetics field has not been held back by issues such as the fact that there is no science behind their expensive creams and treatments or that they do not have FDA approval...........
      Knoepfler Lab Stem Cell Blog

Building stem cell bridges


      19/12/2013
   
   Stem cell.......
 
     Ini adalah sel asal/ ibu yang belum tukar menjadi sel spesifik. Boleh didapati pada tumbuhan dan haiwan. hanya tumbuhan dan haiwan yang ada banyak sel mempunyai keupayaan untuk mempunyai stem cell. Kerana sel ini boleh bertukar menjadi sel lain, maka ianya digunakan untuk menganti fungsi sel atau tisu yang telah rosak atau tak berkerja dengan optimum. Jadi ahli sains gunakan ilmu ini dalam merawat  penyakit, untuk tujuan awet muda, sistem badan berkerja lancar kembali.

     Sekarang ini banyak iklan mendakwa penggunaan stem cell dalam produk. Pastikan stem cell itu wujud kerana kita belum boleh mengekstrak stem cell dalam keadaan aktif dari berbagai punca. Ia juga perlu didalam kepekatan yang berpatutan untuk mengenakan kesan. kalau kepekatan terlalu rendah, pengguna tiada dapat kebaikan dan merugikan duit sahaja kerana stem cell mahal.

     Bersambung minggu depan dengan penggunaan salah stem cell didalam produk kecantikan & kesihatan.......


     18/12/2013
    Adakah stem cell berguna untuk kita
      Ya memang stem cell ini bagus untuk kita. Tetapi apakah dia stem cell? Apakah kebaikan stem cell?
    dari mana kita boleh dapat stem cell? berapa lama stem cell aktif? Stem cell dari tumbuhan atau haiwan bagus?

     Ikuti penerangan pada 19/12/2013...........untuk semua perkara ini.


     2/12/2013
    
   Permintaan anda untuk cerahkan celah-celah gelap 
   termakbul
   Ramai meminta saya untuk menghasilkan satu formula untuk buang atau 
    cerahkan celah-celah gelap. Setelah 3 bulan, kami telah dapat mencipta
    satu formula yang amat bagus untuk menghilangkan celah-celah gelap.
    Sekali pakai sebagai skrub, pasti kurang kegelapan dan nampak cerah. 
    
    Formula ini mengunakan mineral asli, buah-buahan, akar, dan 
    bunga yangkaya dengan anti oksida, flavanoids, dan unsur-unsur 
    pemutihan yang amat mujarab dan berkesan. Sekarang sudah 
    ada di pasaran pada harga  RM 49.90. 
    Boleh beli online di www.drnabisar.com


     12/11/2013
 
     Cerahkan celah-celah gelap - ketiak, lipatan peha & 
    lipatan perut
    Ramai wanita yang menelefon kami dan menanya macam mana untuk mencerah ketiak, lipatan peha dan perut. Ada wanita yang tak kisah tetapi ramai juga kisah. Kerana perkara ini mengganggu ramai orang, jadi kami pun menjalankan penyelidikan. Didapati ramai yang mendapat celah gelap kerana banyak sel mati terkumpul. Ada yang mendapat ketiak hitam kerana menggunakan pewangi ketiak yang tidak sesuai.
     Terdapat juga yang mendapat celah gelap kerana pengunaan ubat tertentu. Didalam setengah-setengah situasi ini disebabkan oleh pemakaian seluar dalam dan bra yang lembap yang mengakibatkan kulit gatal dan apabila digaru, tinggalkan kesan gelap.
   
     Ada beberap cara untuk mencerahkan kawasan ini. cara yang paling mudah ialah dengan membuang sel-sel mati. Gunakan skrub yang sesuai untuk ini. jangan gunakan skrub yang ada hidrokuinon atau tretinoin.
     Boleh gunakan juga skrub kami yang ada pemutih natural yang dapat mencerah, melicin dan mengebukan kawasan tersebut.  Layari www.drnabisar.com atau tel 03 61518566

   


     4/11/2013
 
   Macam mana uji samada krim pemutih sesuai untuk muka atau tidak
   Cara yang paling mudah untuk mengenal samada produk atau krim pemutih sesuai dengan kulit dan tidak menjahanamkan muka ialah dengan ujian belakang telinga. Ramai pengguna kosmetik dan produk kecantikan menanya soalan ini saban hari kenapa kulit menjadi merah, kulit rasa terbakar, kulit gatal-gatal, tak boleh kena sinaran matahari dan kalau kena pedih dan bermacam-macam lagi. Oleh itu saya cadang kan buat ujian di belakang telinga yang boleh dibuat sendiri oleh semua orang. Senang sahaja.
     Bersihkan kulit dibahagian belakan telinga. Coleh sedikit produk atau krim dengan jari penunjuk dan sapukan dibahagian belakang telinga yang telah dibersihkan. Biarkan dan tengok respon selama 2 hari, Gunakan siang dan malam. Perhatikan untuk ruam kerana ada krim yang tak bagi rasa yang tak elok yang teruk tetapi ruam atau warna merah kelihatan. Ini kerana tindakan alergi kulit. Kalau ok sahaja pakai produk atau krim tersebut, jadi boleh guna krim itu dan kebanyakan masa ianya tak bahaya dan sesuai dengan kulit. tetapi perlu berjaga-jaga dengan bahan toksik yang hanya menunjukan kesannya selepas berberapa minggu atau bulan seperti tretinoin, merkuri dan hidrokuinon. kalau perlu penjelasan lebih, boleh hantar email ke nabisar@drnabisar.com

      4/11/2013
    Kementerian Kesihatan Malaysia dan produk yang merbahaya
 
    Ramai yang tanya kami, macam mana nak mengenal produk yang mengandungi racun yang dijual secara meluas di Malaysia. Oleh itu kami ingin menolong semua pengguna lain untuk mengetahui samada produk mereka selamat atau tidak. Anda boleh tengok senarai produk yang di beri amaran oleh kementerian kesihatan kita di http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116. Harap semua dari kita dapat mendidik diri kita untuk menggunakan produk yang selamat sahaja supaya kesihatan tak terancam


     29/10/13
      
     Cara buang kutil dekat mata atau pada muka dan leher
Ramai yang hantar email tanya macam mana untuk mengatasi masalah ini? Kebanyakan masa, masalah ini disebabkan oleh cara pemakanan kita yang terlalu makan protein dari haiwan dan makanan laut. Cara paling baik untuk mengatasinya ialah dengan melebihkan makanan sayur-sayuran dan kurangkan makanan daging merah. 
Cara untuk menghapuskan kutil ini ialah dengan berjumpa seorang doktor kosmetik yang bertauliah yang dapat mengeluarkan kutil dan pada masa yang sama tidak menjahanamkan kulit muka atau mencomotkan muka. Doc akan sapu krim dibahagian kutil dan akan suruh anda duduk selama 20min. Kemudian dia akan kenakan secara lembut impulse pada bahagian bawah kutil. Kutil akan jatuh dan doc akan sapu krim. Itu sahaja. jangan pergi pada orang yang tak bertauliah kerana benda yang senang dan mudah akan menjadi teruk kerana mereka tidak dilatih macam mana buang kutil dengan mudah dan selamat. Ada juga yang mencungkil dan ini akan hasilkan parut yang hodoh.

23/10/2013


      Dapatkan kulit cerah semudah 1,2,3 dengan bahan dari dapur
   Beli 100ml susu masam (yoghurt). kalau tak tahan bau susu, beli yang dah ada bau buah-buahan. Di supermarket ada berbagai brand. Jadi beli ikut kesukaan masing-masing.

    Tuang isi kandungan yougurt kedalam pinggan dan campurkan serbuk beras. Kalu tak ada serbuk beras, ambil segengam kecil beras dan kisar gunakan blender.  Cuci muka dahulu dengan mengunakan pencuci muka. Lumurkan muka dengan yoghurt yang telah dicampur dengan tepung beras dan biarkan 20 minit. Cuci dan lihat sendiri kesannya. Kulit pasti lebih cerah, lembut dan licin.

22/10/2013

Macam mana kita boleh cerahkan/putih kan kulit & gebu
Cara yang paling mudah untuk kulit menjadi cerah ialah untuk membuang sel-sel mati dari permukaan kulit dan kemudian menggunakan bahan yang boleh mencerahkan kulit. Selepas mencerahkan kulit gunakan pelindung matahari SPF 30 untuk 'maintain' kulit yang cerah ini.

Cara yang paling bagus untuk membuang sel-sel mati ialah dengan menggunakan skrub yang dapat menanggal lapisan sel-sel mati. Gunakan skrub yang lembut yang tidak melukakan kulit dan skrub yang cukup kasar dimana ianya dapat menanggalkan sel-sel mati. kalau boleh gunakan skrub yang ada oryza atau buahan berry dimana ianya dapat mengeluarkan sel-sel mati dan pada masa yang sama dapat mencerahkan kulit. Apabila membuang lapisan sel-sel mati, kulit selain menjadi cerah akan menjadi halus dan gebu.

Untuk mencerahkan kulit guna bahan pemutih seperti VIT C (engineered),  buahan berries, licorice, minyak biji buah anggur, gluthathion atau kalau susah nak dapat bahan ini, beli krim pemutih yang ada menggunakan bahan-bahan ini atau sebahagian darinya. Berjaga-jaga bila membeli produk pemutih muka kerana banyak yang mengandungi hidrokuinon, raksa/merkuri, tretinoin atau bahan toksik lain.bahan-bahan ini juga akan mengelupaskan lapisan atas kulit dan kulit yang putih pucat akan kelihatan tetapi cara ini amat berbahaya kerana bahan-bahan ini boleh menyebabkan ganguan pernafasan, kulit jadi radang dan boleh juga mengakibatkan barah. Jadi berjaga-jaga dengan bahan-bahan ini.  


21/10/13
Kenapa kulit selalu  kembali kusam ....
Saya mendengar banyak sangat rintihan dari pengguna produk penjagaan kulit/kosmetik yang mengatakan kulit mereka senang menjadi kusam jika tak mengunakan produk yang mereka pakai untuk beberapa hari.
Ini adalah isu yang selalu memeningkan kepala kepada pengguna kosmetik yang nak kulit muka yang putih & gebu. Senang sahaja, kalau kulit jadi kusam kalau tak menggunakan produk tersebut maka produk yang anda gunakan sekarang mengandungi bahan pengelupasan yang toksik. Bahan pengelupasan ini akan hakis lapisan kulit dan memaksa lapisan kulit dibawah lapisan kulit pertama untuk keluar ke permukaan. Jadi sebab lapisan ini dipaksa dan tak ada daya tahan pancaran matahari, lapisan baru ini mudah interaksi dengan sinaran UV matahari dan menjadi gelap. Jadi pengelupasan yang berlebihan akan menyebabkan masalah kusam yang teruk. Pada mulanya, pengguna puas kerana nampak cerah atau pucat. tetapi dalam beberapa bulan sahaja, kalau tak pakai produk begini, kulit akan menjadi kusam dan gelap dan teruk daripada kulit asal. jadi pengguna tertipu dan menjadi mangsa pengeluar kosmetik yang berbahaya.

Jadi bertukar kepada produk yang sihat yang menggunakan herba, teknnologi tinggi , buah-buahan, hasilan laut, ramuan bioteknologi untuk mencerahkan kulit. Kulit menjadi cerah secara tepat dan bukan cepat gila dimana kulit jadi mangsa hakisan produk berbahaya.

Gambar berikut menunjukan kes dimana muka pengguna kosmetik normal tetapi di anak kulit yang lebih cerah. Beliau mengunakan produk kosmetik yang mengandungi hidrokuinon dan muka yang normal menjadi berminyak dan ditumbuhi jerawat dan banyak parut jerawat.  Inilah sebab tersalah pilih produk, kulit normal bertukar jadi teruk. gambar sebelah kanan menunjukan kulit muka selepas rawatan dengan produk Dr Nabisar Natural. kami hanya merawat dengan Pencuci mka pemutih, Penyegar pemutih, Krim rawatan jerawat, Krim pelembap pemutih dan pelindung matahari dan kulit kembali sihat dan cerah secara betul. 
Hubungi 03 61518566, 012 3031867, office@drnabisar.com, www.drnabisar.com)




16/10/2013

Apa yang perlu ada untuk kulit jadi cerah

Kita di malaysia ini suka kulit yang cerah. maklumlah kulit cerah dikaitkan dengan lebih cantik. Apakah yang perlu anda buat untuk mendapat kulit yang cerah:

 1. Pastikan buang sel-sel mati dengan mengunakan skrub yang kasar sedikit ttetapi tak terlalu kasar sehingga mencederakan kulit muka. Dan bukan halas sangat sehingga tak terasa geseran pada kulit.

2. Pakai krim pelembap yang ada unsur pemutihan. Berjaga-jaga pilih unsur pemutihan yang selamat dan tidak beracun seperti hidrakuinon atau tretinoin atau merkuri (raksa). Unsur pemutih ini akan mencerahkan kulit dan boleh gunakan jenis herba atau sintetik. Jenis herba boleh gunakan Vitamin C, Licorice, berries, gluthathion dan banyak lagi.


    3. Gunakan pelindung matahari dengan SPF yang betul yang tidak menutup liang pori tetapi membalikan cahaya dan tidak menyebabkan kulit kita jadi gelap. Lebih baik kalau dapat gunakan pelindung matahari yang dibuat dari herba keran ianya selamat, tak toskin, sihat kepada kulit dan mencantikan kulit.

     Dengan mengikut langkah-langkah yang mudah ini, kulit anda akan bertambah cerah, cantik & berseri.


9/10/2013 

  Kenapa kulit menjadi kusam & cara mengatasinya dalam 5 min

      Kulit kita menjadi kusam dengan mudah. Bila kulit kusam, kulit nampak tak cerah, tak bermaya, gelap dan kalau pakai krim yang mahal pun, khasiat krim tidak meresap masuk. Ini kerana lapisan tebal sel-sel mati menghalang atau menyusahkan sel-sel kulit membaharui dirinya. 

      Kulit menjadi kusam disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
      1. Penjagaan kulit yang tidak sesuai
      2. Menggunakan produk yang salah, 
      3. Mengguna produk yang mengandungi bahan kimia yang mengelupas kulit muka
      4. Tidak mencuci mka apabila nak tidur
      5. Tidak memakai krim pelembap bila nak tidur dan kulit jadi berminyak sebab itu
      6. Tidak menggunakan penyegar untuk mengimbangi pH kulit muka
      7.  Krim yang tebal yang berminyak yang menutup liang pori
      8. SPF yang tinggi yanng melebihi SPF 30 yang menyebabkan lapisan kulit susah nak bernafas dan menutup liang pori. Pelindung matahari yang melebihi SFP 30 hanya boleh dipakai di kawasan pantai atau gurun.
     9. Penjagaan kulit yang tidak betul slepas rawatan laser untuk mengurangkan jeragat

   Cara Mengatasinya:
    1. Pastikan se-sel mati dibuang setiap hari. Gunakan skrub harian yang lembut kepada kulit. Ianya akan membuang sel-sel mati dengan mudah dan membaharui sel-sel baru
    2. Pastikan basuh muka sebelah pagi dan malam sebelum tidur
    3. Pastikan pakai krim pelembap sentiasa. 
    4. Mesti gunakan masker seminggu sekali untuk mengimbangi pHkulit muka, membuang sel-sel mati dan mengaktifkan sel-sel kulit. Pilih masker yang lembut kepada kulit dan boleh aktifkan kulit muka
    5. Gunakan produk penjagaan kulit yang betul-betul herba yang sesuai untuk kulit muka. Bukan semua herba boleh menolong menyihatkan kulit muka.


    1/10/2013

   Kenapa kulit muka menjadi kering 

   Ramai sangat orang mengadu kenapa kulit mereka menjadi kering walaupun mereka memakai krim muka.
    Ada beberapa sebab mengapa kulit muka menjadi kering. Bila kulit kering, muka nampak tak cantik dan
    berumur. Kalau dibiarkan begitu sahaja, memang kedut akan timbul dengan cepat.

    Sebab-sebab kulit menjadi kering
     1. Penggunaan produk yang salah untuk mencuci muka dan melembapkan kulit. 
     2. Menggunakan produk yang mengandungi ramuan yang mengeringkan kulit muka
     3. Air-conditioner di tempat kerja
     4. Kurang minum air
     5. Tidak menggunakan krim pelembap ke muka sebelum tidur
6  
    Disini saya sarankan cara untuk mengatasinya:
    1. Gunakan krim pelembap setiap kali selepas membasuh muka
    2. Minum sekurang-kurangnya 1.5L air
    3. Memilih produk yang sesuai dengan kulit dan juga produk yang tidak mengandungi ramuan yang mengeringkan kulit seperti hidrokuinon

  23/9/2013

Cerahkan kulit muka secara cepat, selamat dan natural                
          
      Berkesan sekali tips ini. Memang nampak kulit menjadi cerah 2 warna kulit. Yang bestnya boleh dimakan      masker ini kalau lapar!!!! kerana menggunakan ramuan dari dapur anda sendiri. Ambil lah gambar sebelum dan selepas ya dan hantar kepada nabisar@drnabisar.com. 3 hadiah pertama menanti anda. Hadiah akan diumumkan isnin minggu hadapan. Sila hantar alamat rumah sekali untuk memudahkan penghantaran hadiah anda.
    
   1. Kisar beras satu sudu besar gunakan blender kecil (yang digunakan untuk buat serbuk)
   2. Masukkan susu masam (yoghurt) yang boleh didapati di 'supermarket'. Tak kisah jenama apa
   3. Kacau dan perah kan air limau sebiji kedalamnya dan kacau sekali lagi
   4. Masukan air rose kalau nak wangi
   5. Cuci muka dan sapukan masker
   6. Biarkan 20min
   7. Cuci dan sapukan krim pelembap
   8. Pasti anda boleh lihat muka anda sudah cerah dan cantik


            17/9/10
          bersambung......
       MUKA NAK PUTIH TETAPI CARA SELAMAT . TAK MAHU KEPADA HIDROKUINON, TRETINOIN, MERKURI
      Minggu lepas kita tertanya-tanya kenapa orang menggunakan produk yang dihasilkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana:

      1. Pengguna tak sabar. nak nampak cerah dengan serta merta
      2. Harga produk yang terlalu murah
      3. Iklan yang banyak yang menyatakan kesan yang cepat
      4. Pengguna sendiri tidak arif/tahu tentang macam mana produk pencerahan berkerja
      5. Pengguna hidrokuinon sebelum ini apabila hentikan gunakan produk mengandungi bahan ini kembali menggunakan produk toksin tak tahan tekanan kulit menjadi gelap. mereka tidak tahu ada oriduk lain di pasaran yang dapat mencerahkan kulit lebih baik dari hidrokuinon dan ianya selamat.



           13/9/10
         MUKA NAK PUTIH TETAPI CARA SELAMAT . TAK MAHU KEPADA HIDROKUINON, TRETINOIN, MERKURI

      Di pasaran Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis produk pemutihan kulit. Tetapi kita sedar tak macam mana produk ini dihasilkan atau ramuan yang diletakkan didalam produk ini!!!!!! contoh di rumah kita apabila kita masak nasi lemak, kita letakkan santan untuk nasi lebih berlemak dan sedap. Kita tak letakkan susu getah kerana rasanya tak tahu macam mana dan lagi satu kita tahu susu getah ini tak boleh dimakan, sebab beracun. Begitu juga dengan produk penjagaan kulit. Pengilang boleh letak ramuan yang toksik untuk memutihkan kulit dan pengilang tak akan beritahu dia letak ramuan toksik atas kotak kerana dia nak jual produk dia. Jadi pengguna lah yang terima akibat buruk setengah pengilang yang tidak bertanggungjawab. ramuan yang diletakkan akan hampir semuanya mengandungi bahan toksik seperti hidrokuinin, tretinoin dan merkuri. Ramuan ini dalam produk kecantikan anda sangat merbahaya untuk kesihatan anda dan boleh menyebabkan kanser. Tetapi kenapa ramai orang mengunakannya!!!!  bersambung ........


12 /8/2013
     CARA MENGHILANGKAN DAGU BERLAPIS

Senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja, apa yang anda perlu buat adalah sapukan krim di bahagian bawah dagu anda dan dengan menggunakan belakang tangan anda atau ibu jari anda., urut keseluruhan dagu anda ke atas secara lembut dan lakukan secara berulang.

Anda juga boleh melakukan senaman gerakan leher seperti gerakan stretching sebelum bersukan.


  





1/8/2013
U CANTIK
     
U cantik

Untuk setiap lelaki & perempuan baik muda, dewasa atau tua, semua nak kelihatan cantik dan bergaya. Bila penampilan bagus, kita akan rasa lebih berani, seronok dan bermaya. Barulah kita rasa seronok hidup. Kalau tidak kita akan rasa rendah diri atau bosan.

TESTIMONI


26/8/2013
SAKIT HILANG BEGITU SAJA...
IT eksekutif, Yusof


Sebelum



Selepas memakai 'DEEP HEAT' Dr Nabisar. sakit hilang dalam beberapa minit sahaja

Lama juga saya mencari produk yang dapat melegakan sakit dan sengal-sengal badan selepas aktiviti angkat berat saya di GYM. Konon nak kelihatan macho dan menarik tetapi bila balik gym, badan sakit sini -sana. Macam ini kena tanggung sendirilah kalau nak badan tegap dan menawan. Bukan perempuan sahaja nak kelihatan cantik tetapi lelaki pun sama. Metro man kata kan. Berbagai produk saya mencuba tetapi tak satu pun memberi kesan yang positif sehingga saya terbaca di Mingguan Wanita ‘DEEP HEAT’ DR NABISAR, NATURAL. Selalunya saya tak saja-saja mencuba produk kerana saya pentingkan produk yang selamat supaya kesihatan tubuh saya tidak terganggu. Saya tengok kelayakan DR NABISAR dan tak fikir 2x kerana bukan senang dapat PhD dari Cambridge University!! Saya terus mencuba dan wow sakit saja hilang dalam beberapa minit sahaja dan haba dari ‘DEEP HEAT melegakan semua bahagian badan saya. Panas sedap dari ‘DEEP HEAT’ tahan  sehingga 18 ke 24 jam.

Saya syorkan produk ini kepada semua yang memerlukan lotion panas untuk mengurang dan melegakan sakit, untuk urut, buang angin, tak rasa penat, aktif  dan memang ianya mujarab, tak berminyak dan kesan cepat. Baunya pula wangi best!! Tak perlu perfume tambahan!!!!

Bye bye hitam....Hello putih
Pegawai bank, Lina



  Sebelum pakai produk pencerahan Dr Nabisar


 
Selepas pakai pencuci muka pemutih, Penyegar pemutih, Serum pemutih, Krim pelembap pemutih dan pelindung matahari pemutih SPF 30 Dr Nabisar

Dulu kulit saya kusam & gelap, stress betul bila lihat muka kat cermin. Maklumlah kita orang berkerja, nak kelihatan sihat, cantik dan 'confidant'. Bermacam produk saya mencuba tetapi hasilnya tak ketara. Ada juga saya mencuba produk yang mendakwa ramuan semulajadi tetapi selepas mencuba dan timbul jerawat dan jeragat, baru saya sedar ini produk kimia. Saya betul-betul rasa tertipu. Alhamdullilah sekarang ini saya mencuba produk keluaran saintis, DR NABISAR, NATURAL dan kulit saya jadi sihat, licin, gebu dan cantik. Nasihat saya kepada pengguna lain: Bila pilih produk tahu siapa pengilang produk dan samada bertauliah kerana mereka sahaja yang betul-betul arif tentang produk dan mereka akan menasihati secara betul. Jangan tengok gambar model produk dan beli kerana model selalunya sudah ada kulit muka yang baik sebelum mengiklan produk orang.


KU..ku..ku..kuruss
(bentuk badan susut 10mm seminggu)
Pelajar Universiti, Zarina

  Selepas melahirkan anak pertama. Berbagai produk saya mencuba tetapi tak ada perbezaan sehingga saya   mencuba produk Dr Nabisar

Badan yang slim & cantik selepas menggunakan U slim, young & fit dan lotion Shape & tone
Saya makan produk Dr Nabisar U slim, young & fit  2x sehari dan sapu Lotion Shape & tone juga selepas mandi pagi dan selepas makan malam. Tak perlu diet. Makan secara biasa sahaja


Frust betul bila badan menaik selepas bersalin. Macam -macam saya cuba tetapi tak nampak kesan.  Baju-baju yang cantik tak boleh di pakai lagi, semua duduk dalam almari. Rugi rasanya. Makan pil kurus, dapat tompok-tompok merah kat badan. Adui!!! Minum minuman untuk kurus tetapi sakit perut. Bertambah frust lagi. Saya semakin putus asa. Akhirnya kawan saya mencadangkan produk DR NABISAR, NATURAL. Kali ini saya menyelidik siapa Dr Nabisar. Saya nak betul-betul pasti sebab saya muda dan tak mahu mengidap apa-apa penyakit sekarang atau kemudian disebabkan penggunaan produk yang tidak sihat. Apabila saya membaca tentang Dr Nabisar,  saya berbangga ada pengeluar produk, seorang saintis yang bertauliah dari CAMBRIDGE UNIVERSITY yang menitik beratkan ramuan semulajadi dan teknologi tinggi untuk hasilkan produk berkualiti tinggi. Saya berbangga juga Dr Nabisar menitik beratkan kajian sains dalam pengeluaran produk beliau. Apa lagi, saya mencuba 'SHAPE & TONE" dan alhamdullilah saiz badan susut. Dalam seminggu, saiz badan susut 8mm. Bestnya saya boleh pakai baju-baju cantik saya yang sedang tidur dalam almari.

MOTIVASI

     16/10/2013
     
      Apakah ilmu yang boleh digunakan pakai dari konsep korban sempena hari raya haji

      Kita baru selesai menyambut perayaan aidil adha. Ianya mengajar kita untuk berkorban. bagaimana kita boleh menggunakan konsep ini dalam kehidupan harian kita supaya kita meningkat lebih maju kehadapan. Kita akan membincangkan dari aspek pelajar, suri rumah tangga, pekerja professional, pekerja kilang dan lain-lain. Hari ini kita akan membincangkan bagaimana kita boleh gunakan konsep ini sebagai pelajar:
   
      Sebagai pelajar.......
      Pelajar mesti pastikan waktu yang dikorban untuk belajar berbaloi dangan mendapat markah yang tinggi didalam peperiksaan. Selepas itu pastikan anda dapat kerja yang bagus dimana anda menerima 'perks' yang bagus dari majikan termasuk gaji dan latihan yang fokus untuk meningkat lebih maju. kalau tidak sia-sia lah masa yang digunakan untuk belajar. Tetapi perlu ingat, kadang-kadang majikan yang baik tidak terus membayar gaji pasaran untuk graduan baru. Mereka nak tengok cara anda berkerja sebelum membayar gaji pasaran. Graduan baru juga perlu ingat keadan pasaran yang lemah sedikit sekarang. Oleh itu asalkan skop kerja bagus, teruskan lah pekerjaan anda dengan majikan tersebut and apabila keaddan ekonomi bertambah baik, boleh berbincang tentang kenaikan gaji.

    Sebagai pekerja profesional ....... (bersambung)

     


      26/8/2013
      Macam mana impian jadi kenyataan dengan izin Allah swt
       Semua daripada kita mempunyai cita-cita dan dari kecil kita selalu dinasihati oleh ibu bapa atau saudara, cikgu, atau individu lain supaya berkerja keras untuk capai cita-cita kita. Itu ah cara ibu-bapa kita telah buat untuk menjayakan hidup mereka. Sekarang penyelidikan terbaru menunjukkan selain berkerja secara pandai (work inteligently) kita perlu bayangkan diri kita dengan kejayaan tersebut. Contohnya kalau kita berhasrat untuk menjadi doktor, bayangkan kita dengan ijazah doktor, pakai baju doktor, bercakap dengan pesakit dan merawat pesakit . Insyallah pasti ini akan menjadi kenyatan. Ini untuk impian jangka panjang. Untuk hajat jangka pendek, senang sahaja. katakan nak tempat parking kereta, maklumlah di KL susah betul dapat parking lot, jadi bayangkan sebelum sampai disana, anda sampai-sampai sahaja ada tempat meletak kereta yang kosong. Cuba lah kaedah ini untuk perkara-perkara yang lain dan insyallh hasrat dan impian akan jadi kenyatan. Ini lah yang dikatakan positif thinking!!!


 21/8/2013    

2 tips macam mana mengurangkan tekanan hidup (stress)

Pertama sekali, kita kena faham semua yang berlaku keatas diri kita hnaya dengan izin allah swt. Oleh itu kita kena tawakal dan cari cara untuk mengurangkan tekanan. Berikut ada 2 cara untuk mengurangkan tekanan hidup dengan mudah:

1. bayangkan anda memandang air laut dan tumpukan pada air laut sahaja dan pandang aliran ombak. Mula-mula memang rasa tak ada apa. tetapi dalam 2 ke 5 minit, fikiran mula tenang.....dan rasakan nikmat rasa tenang.

2. bayangkan anda baring diatas tanah di panati dan perhatikan pergerakan awan. Ini juga akan menenangkan fikiran anda.


POSITIF




Semalam sewaktu berbuka puasa, di meja sebelah kedengaran suara budak dalam linkungan 8 tahun yang berkata kepad ibunya, Man nak lebih air, gelas separuh penuh. Saya menoleh dan pandang Man

Jadi agen- diskaun hebat

 SEPERTI ANDA LIHAT DALAM 


                   

       Kami menawarkan pakej yang lumayan untuk stokis, agent & dropshipper kami

 Kami memerlukan stokis & agen seluruh Malaysia
  Hubungi 012 3031867/ 03 61518566/ office@drnabisar.com hari ini untuk mendaftar


      PROMOSI

  A. Jadi agen, Dapat diskaun 55%,  Hanya membayar RM299
(akan dutup dalam beberapa hari sahaja lagi)


b. Jadi dropshipper, Dapat diskaun 30%

  
   1. Rambut tak gugur lagi dengan shampoo ajaib & tonik rambut



     Produk yang teramat laris. Harga pasaran produk: Tonik rambut RM29.90: Shampoo rambut RM29.90. Promo shampoo Rm19.90 dan tonik Rm25. Shampoo hanya tinggal 200unit sahaja dalam bekas limited edition ini!!!!

    








    
    2. Produk pemutihan kulit yang paling selamat di Malaysia... Gunakan Vit C, gluthathion, licorice   dan banyak herba lain dalam satu produk

 
Harga pasaran produk dari RM49.90 ke 59.90

      3. Produk kesihatan yang palaing mujarab & berkesan
         untuk legakan sakit - rasa panas yang sedap, rasa sejuk yang nyaman,
         Pencuci wanita - dengan khasiat herba tropika yang pertama di Malaysia
         Shae & tone - Boleh hilang 10mm seminggu



Yang teramat laris di Malaysia. Harga pasaran produk dari RM29.90 (sampai akhir bulan Oktober promo RM19.90)

 4. Makanan khasiat yang betul-betul berkhasiat & sihatkan badan dengan kolagen, Vit C, Buah-buahan dan banyak khasiat lain yang penting untuk memberi tenaga dan menyihatkan badan

 
Produk baru untuk lebih bergaya & kurus. Harga pasaran RM59.90




RAMBUT GUGUR

    24/12/2013
   
    Adakah minyak rambut berkesan
   Ramai yang tanya samada minyak rambut berkesan atau tidak. Ini bergantung kepada jenis minyak dan bahan yang dikandunginya. Minyak berat tak berapa sesuai kerana dia akan menutup liang pori tetapi minyak ringan seperti jojoba, minyak kelapa dara amat sesuai. lebih-lebih lagi jika telah ditambah dengan herba yang spesifik/khas untuk rambut. penggunaan minyak dari herba pudina juga amat baik untuk menyejukan kepala. herba seperti inai, bunga raya juga amat bagus untuk rambut.
    
     Bersambung minggu depan dengan cara betul untuk melebatkan rambut dari bahan dari dapur.........
 


     21/11/13
 
    Rambut tak gugur lagi.............
    Bila jaga rambut & kesihatan dengan betul, Kulit kepala akan jadi lembap & tak kering, anak rambut tumbuh dengan banyak, akar rambut menjadi kuat, helaian rambut jadi tebal dan sihat, hujung tak berbuah dan rambut nampak hitam dan cantik.
    
      Boleh lihat sendiri rambut jadi lebat dan sihat dengan penggunaan produk Dr Nabisar. Ini hanya guna untuk 2 minggu sahaja. Shampoo Ajaib kami kaya dengan bahan makanan untuk kulit kepala, rambut dan juga mencegah jangkitan kulit supaya rambut tetap lebat.


                                                         
                                                                            Sebelum


                                                                                    selepas


     
     


Rambut yang dah mula tumbuh dan pengguna potong rambut sebelum shampoo



Tengah menggunakan SHAMPOO AJAIB DR NABISAR. Boleh lihat sendiri shampoo dikulit kepala.
Basuh dan gosok tonic ke kulit kepala & urut & stailkan rambut


     21/10/13

    Tanya pakar rambut kenapa rambut jadi nipis

     Ada banyak perkara yang menyebabkan rambut gugur atau menjadi nipis. saya akan mulakan dengan

     1. Tekanan seperti tekanan di tempat kerja, stress rumah tangga, tekanan hidup di bandar
     2. Kesihatan yang tidak baik seperti sistem imun/pertahanan badan yang lemah, berpenyakit
     3. Masalah hormon
     4. Pemakanan yang tidak baik. Terlalu banyak makan garam, tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak minum cukup air atau makan sayur-sayuran untuk melawaskan pembuangan air besar.
   
    Bersambung................



   16/10/2013

   RAMBUT TAK GUGUR LAGI & tumbuh lebat, cepat, berseri & bersinar






   Gunakan shampoo ajaib & tonik rambut yang istimewa yang betul-betul melebatkan rambut, anak rambut tumbuh dengan banyak, rambut jadi sihat dan bersinar, tak perlu conditioner dan banyal lagi keistimewaan. Boleh order melalui order@drnabisar.com atau tel 03 61518566 atau sms 012 3031867

TENTANG SYARIKAT





CAMBRIDGE HERBAL SDN BHD ialah syarikat bumiputera yang menghasilkan produk-produk herba berasaskan bioteknologi berdasarkan penemuan terkini sains. Hanya tumbuhan yang diketahui khasiatnya digunakan