MOTIVASI

     16/10/2013
     
      Apakah ilmu yang boleh digunakan pakai dari konsep korban sempena hari raya haji

      Kita baru selesai menyambut perayaan aidil adha. Ianya mengajar kita untuk berkorban. bagaimana kita boleh menggunakan konsep ini dalam kehidupan harian kita supaya kita meningkat lebih maju kehadapan. Kita akan membincangkan dari aspek pelajar, suri rumah tangga, pekerja professional, pekerja kilang dan lain-lain. Hari ini kita akan membincangkan bagaimana kita boleh gunakan konsep ini sebagai pelajar:
   
      Sebagai pelajar.......
      Pelajar mesti pastikan waktu yang dikorban untuk belajar berbaloi dangan mendapat markah yang tinggi didalam peperiksaan. Selepas itu pastikan anda dapat kerja yang bagus dimana anda menerima 'perks' yang bagus dari majikan termasuk gaji dan latihan yang fokus untuk meningkat lebih maju. kalau tidak sia-sia lah masa yang digunakan untuk belajar. Tetapi perlu ingat, kadang-kadang majikan yang baik tidak terus membayar gaji pasaran untuk graduan baru. Mereka nak tengok cara anda berkerja sebelum membayar gaji pasaran. Graduan baru juga perlu ingat keadan pasaran yang lemah sedikit sekarang. Oleh itu asalkan skop kerja bagus, teruskan lah pekerjaan anda dengan majikan tersebut and apabila keaddan ekonomi bertambah baik, boleh berbincang tentang kenaikan gaji.

    Sebagai pekerja profesional ....... (bersambung)

     


      26/8/2013
      Macam mana impian jadi kenyataan dengan izin Allah swt
       Semua daripada kita mempunyai cita-cita dan dari kecil kita selalu dinasihati oleh ibu bapa atau saudara, cikgu, atau individu lain supaya berkerja keras untuk capai cita-cita kita. Itu ah cara ibu-bapa kita telah buat untuk menjayakan hidup mereka. Sekarang penyelidikan terbaru menunjukkan selain berkerja secara pandai (work inteligently) kita perlu bayangkan diri kita dengan kejayaan tersebut. Contohnya kalau kita berhasrat untuk menjadi doktor, bayangkan kita dengan ijazah doktor, pakai baju doktor, bercakap dengan pesakit dan merawat pesakit . Insyallah pasti ini akan menjadi kenyatan. Ini untuk impian jangka panjang. Untuk hajat jangka pendek, senang sahaja. katakan nak tempat parking kereta, maklumlah di KL susah betul dapat parking lot, jadi bayangkan sebelum sampai disana, anda sampai-sampai sahaja ada tempat meletak kereta yang kosong. Cuba lah kaedah ini untuk perkara-perkara yang lain dan insyallh hasrat dan impian akan jadi kenyatan. Ini lah yang dikatakan positif thinking!!!


 21/8/2013    

2 tips macam mana mengurangkan tekanan hidup (stress)

Pertama sekali, kita kena faham semua yang berlaku keatas diri kita hnaya dengan izin allah swt. Oleh itu kita kena tawakal dan cari cara untuk mengurangkan tekanan. Berikut ada 2 cara untuk mengurangkan tekanan hidup dengan mudah:

1. bayangkan anda memandang air laut dan tumpukan pada air laut sahaja dan pandang aliran ombak. Mula-mula memang rasa tak ada apa. tetapi dalam 2 ke 5 minit, fikiran mula tenang.....dan rasakan nikmat rasa tenang.

2. bayangkan anda baring diatas tanah di panati dan perhatikan pergerakan awan. Ini juga akan menenangkan fikiran anda.


POSITIF




Semalam sewaktu berbuka puasa, di meja sebelah kedengaran suara budak dalam linkungan 8 tahun yang berkata kepad ibunya, Man nak lebih air, gelas separuh penuh. Saya menoleh dan pandang Man
dan terkejut dengan apa yang dia cakap. Bukan dia nak air yang menarik perhatian saya, tetapi perkataan yang gelasnya separuh penuh yang menarik perhatian saya. Budak semuda itu berkata macam itu. Ini kerana dengan menyebut separuh penuh, Man melihat semua perkara secara positif. Man ada pilihan untuk kata gelas separuh kosong tetapi man memilih untuk berkata separuh penuh. Bila dia mempunyai tabiat ini, dia akan selalu memandang perkara secara positif dan bukan negatif. Dan jika secara dalaman (subconscious) juga dia berfikir positif, insyallah Man akan jadi seorang yang berjaya kerana dia menarik semua tenaga positif kearahnya. Kita sebagai orang islam juga dinasihati untuk berfikir, bercakap dan berniat yang baik-baik kerana ALLah S.W.T nak perkara baik terjadi kepada kita.


Macam mana kita nak mengubah cara pemikiran kita supaya menjadi lebih positif dan insyallah kita dapat apa yang kita idamkan …………………………bersambung

Kembali semula.........
Adalah mudah untuk berfikiran positif tetapi kenapa kita memilih untuk berfikiran negatif. kenapa ya? Penyebab kepada kenapa kita nak terus berfikiran negatif adalah seperti berikut dan kita kena tahu kita ini jenis mana supaya dapat cepat mengatasi masalah ini.

1. Dalam usaha untuk mencari jawapan kenapa kita ditimpa masalah, kita berulang kali memikirkan benda tak elok yang terjadi kepada kita. Oleh kerana kita hanya mainkan benda bermasalah ini sahaja dalam kepala kita, kita akan terperangkap di dalam satu kitaran hitam yang memenatkan kita tanpa ada penyelesaian. Dalam islam kita dinasihati kalau kita ditimpa sesuatu masalah, hanya berserah dengan allah swt kerana apa yang elok dan tak elok datang dari allah swt dan teruskan dengan kerja kita dan insyallah kita akan dapat sesuatu yang baik. Apabila kita berbuat demikian kita tak secara habis-habisan memainkan masalah didalam kepala kita tetapi terus kehadapan dengan hidup kita.

2. Kekurangan kepercayaaan pada diri sendiri
Selalu fikir dia lah penyebab masalah.Ini akan mengundang lebih masalah dan banyak jenis perkara buruk     akan berlaku.  Selalu mesti ingat allah swt jadikan kita sama sahaja. Hanya bezakan kita dari seorang ke       orang yang lain ialah amalan kita. jadi jangan rasa rendah diri dengan sesiapa. Bila kita rasa kita sama           sahaja dengan orang lain, kita tak rasa rendah diri dan kita akan berusaha untuk meningkatkan diri kita.

3. Sekali jatuh bukan selaluKita kena tanamkan didalam diri kita mungkin hari ini kita ada masalah tetapi esok kita tahu macam mana menanggani masalah kita.Kalau kita selalu fikirkan masalah tersebut, peristiwa itu akan berlaku lagi sekali atau banyak kali keatas diri kita.





1 ulasan:

  1. Casino | MapyRO
    Casino in 문경 출장샵 Las Vegas. Casino map and reviews, see 30 photos 원주 출장안마 and 충청남도 출장마사지 8 tips from 3662 visitors about buffet. Rating: 3.3 · 경기도 출장마사지 ‎8,662 경상북도 출장샵 votes

    BalasPadam