HERBA MINGGU INI

16/10/2013

Biji Jambu batu

 Sesiapa yang suka kulit yang halus dan lembut, cuba amalkan mengosok biji jambu batu bercampur dengan limau keseluruh badan. Kalau akan bertambah cerah, lembut dan halus. Ianya mengandungi unsur tumbuhan yang amat bagus didalam 'neutralkan' elektron dan mencegah penyakit kulit


17/9/2013

Ulam pucuk gajus

Rasanya kelat tetapi khasiatnya cukup banyak. ianya kaya dengan antioksida. Boleh dibuat ulam atau buat kerabu.
Bagus untuk melawas, pencegahan selsema dan demam, anti penuaan. Air rebusan juga boleh diminum untuk menyihatkan badan.


21/8/2013

ULAM RAJA


Pokok Ulam Raja
 ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
"ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. 

Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. 

Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. 

Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan anti oksida nya yang tinggi. 



1/8/2013
PEGAGA

Kalau nak badan selalu kelihatan tegap, tidak mengelebeh – makanlah pegaga!!! Ya pegaga yang kita tanam dibelakang rumah. Penuh dengan khasiat tumbuhan (phyto nutrient). Ianya boleh membina collagen di dalam badan supaya badan nampak ‘solid’. Bila usia meningkat kolagen juga berkuragan di dalam badan dan ianya perlu dibekalkan kepada badan. Jika tidak dibekalkan, kulit nampak macam jatuh dan kita nampak lebih tua dari usia kita!!!!Janganlah kita jadi macam itu!!!!  ………bersambung
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan